SENARAI RASMI SEKOLAH TUTUP KERANA JEREBU PADA OKTOBER 2015 SEMENANJUNG MALAYSIA KECUALI KELANTAN - SABAH DAN SARAWAK SERTA LABUAN
Seperti semua sedia maklum Malaysia dilanda jerebu yang teruk selepas beberapa syarikat di Indonesia terlibat dengan pembakaran terbuka dan kerajaannya masih belum dapat menangani masalah tersebut. Berikut adalah senarai rami terkini sekolah yang cuti tutup esok 5 dan 6 Oktober 2015. Pengunguman penutupan semua sekolah kecuali di Sabah, Sarawk dan Labuan. Manakala disemenanjung hanya Kelantan yang akan meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.
Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Ahad 4 Oktober 2015 berkata selain murid, guru juga tidak perlu hadir ke sekolah. Sekolah-sekolah yang tutup akibat jerebu tidak perlu menggantikan sesi persekolahan. Manakala PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Senarai Rasmi Sekolah Tutup Esok 2 Hari 5 & 6 Oktober 2015
Melibatkan semua tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri berikut:
- Johor Baharu
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Perlis
- Terengganu
- Kedah
- Perak
- Melaka
- Pahang
- Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
Senarai Sekolah Buka Seperti Biasa 5 & 6 Oktober 2015
Manakala sekolah yang tersenarai di negeri berikut hendaklah dibuka seperti biasa:
- Kelantan
- Sabah
- Labuan
- Sarawak
