Video Panas Alvin Dan Vivian, Sumptuos Erotica!

0

Pelajar Malaysia, Alvin Tan dan pasangannya, Vivian Lee, 23 tahun, memaparkan gambar bogel mereka di Facebook dan blog. Vivian juga menyiarkan gambar tuala wanita berdarah miliknya sekaligus menyangkal dakwaan mengatakan dia pondan.

Pada usia muda barangkali mereka hanya ingin memancing perhatian masyarakat dan media. Alvin dikatakan pelajar pintar tetapi skop pemikirannya masih skop pemikiran lelaki berusia 23 tahun.

Melalui pengamatan saya, majoriti masyarakat Cina di Malaysia tidak gemar mendedahkan kisah keluarga mereka.
Semalam saya bersembang bersama rakan setugas berbangsa Cina.

“Ingat lagi segmen Jejak Kasih pernah disiarkan oleh program bual bicara, Malaysia Hari Ini?,” soal saya.
Dia menganggukkan kepala.

“Majoriti daripada mereka muncul di kaca televisyen, mencari saudara terdekat hilang, berbangsa Melayu. Tidak pernah saya menonton individu berbangsa Cina merayu dan menangis di televisyen sewaktu menceritakan kisah sedih kehilangan ayah, ibu, adik-beradik,” kata saya.

Saya percaya, terdapat kes masyarakat Cina terpisah dengan ahli keluarga tetapi enggan mendedahkan hal itu kepada umum.

Alvin dan Vivian mengambil keputusan berbeza dan tanpa segan silu menampilkan gambar dan video berhubung kegiatan seks mereka di alam maya sebelum ini. Vivian mengaku menerima tekanan daripada keluarganya manakala Alvin pula mungkin ditolak menyambung pelajarannya di National University Of Singapore berikutan tindakan mereka.

Barangkali mereka berdua tidak berfikir secara matang sebelum membuat keputusan.
Setelah tertekan berikutan cercaan masyarakat, mereka menutup blog Sumptuos Erotica dan membuka blog baru tetapi bukan untuk tontonan umum.

Leave A Reply