Video Dari Pihak Polis Perhimpunan Haram 9 Julai – akan disiarkan PDRM

by TunTeja on July 20, 2011

VIDEO PEMBONGKARAN DARI PDRM PART 1

VIDEO PEMBONGKARAN PENIPUAN MAT SABU PART 2 PDRM

VIDEO PENIPUAN PIHAK PEMBANGKANG DARI POLIS PART 3

Rakaman video ketika perhimpunan haram 9 Julai lalu akan disiarkan polis kepada media minggu ini.

Ketika ini, enam jawatankuasa yang ditubuh untuk menyiasat tohmahan kononnya polis ganas ketika menyuraikan perhimpunan itu, bertungkus lumus 24 jam menyiapkan laporan.

Namun daripada pengamatan awal orang nombor satu PDRM, klip video yang kini tersebar di laman sesawang, bukan gambaran tepat keseluruhan kejadian.

Sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ini, lebih kepada sesi penerangan untuk menjelaskan beberapa perkara ditimbulkan pelbagai pihak terhadap PDRM susulan perhimpunan haram baru baru ini.

Kenyataan beliau ringkas tanpa sesi soal jawab.

Menurut Tan Sri Ismail, banyak klip video yang disebar menerusi internet  tidak dapat dipastikan kesahihannya.

TAN SRI ISMAIL OMAR / KETUA POLIS NEGARA
Ya saya menerima pandangan yang berhormat dan pihak lain terutama rakyat yang nak tahu apa yang berlaku. Jadi saya akan tetap satu tarikh dalam masa terdekat untuk kita dapat menunjukkan video-video sebahagian tentang perhimpunan yang berlaku pada hari tersebut.

Ketika ini enam jawatankuasa yang ditubuh sibuk merakam keterangan saksi.

Klip video kejadian juga dikumpul.

Rakaman yang ada pada polis juga dibandingkan dengan yang tersebar di internet.

Dan sehingga laporan itu siap, semua pihak diminta beri ruang kepada polis menyiasat dan tidak buat sebarang andaian.

Jaminan beliau, tidak akan sembunyikan sebarang fakta kerana rakyat berhak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Sekali lagi beliau meminta mana-mana pihak yang ada rakaman video tampil bantu siasatan.

Klip video boleh dihantar ke emel PDRM, [email protected] atau hubungi nombor telefon  03-2266 8321.

polis turut akan siarkan video persuraian perhimpunan 9 julai.

Polis akan menayangkan rakaman video ketika menyuraikan perhimpunan haram 9 Julai lalu sebagai menangkis tuduhan jahat pembangkang dan pihak tidak bertanggungjawab lain kononnya polis bertindak ganas semasa perhimpunan itu.

DATUK SERI KHALID ABU BAKAR / TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA.
Ya, mana yang patut, kita akan siarkan. Seperti mana yang kita sebut tadi, kita takkan menyorokkan mana-mana fakta. Ini akan membantu pasukan dalam menangani apa jua perkara di masa hadapan sebenarnya. Pada masa sama kita nak tahu apa sebenarnya berlaku sama ada tohmahan-tohmahan yang dibuat oleh mana-mana pihak benar atau tidak atau sengaja diadakan.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, menggesa polis segera siarkan rakaman video serta bukti lain bagi mempertahankan tindakan mereka menyuraikan perhimpunan haram ini.

Previous post:

Next post: