Drama juvana 13 episod sudahpun berakhir dengan rating episod akhir sebanyak 4.3 juta penonton pada isnin lalu adalah jumlah tertinggi setanding drama nur kasih yang pernah harum di tv3 dulu.
akan muncul juvana the movie tidak lama lagi ke layar perak.filem ini mensasarkan kutipan tinggi memandangkan sudah memiliki peminat tersendiri.filem yang lain dari tipikal drama/filem malaysia ini akan mendapat sambutan hangat kerana belum ada lagi filem/drama yang semacam ini dimalaysia.filem yang dilihat “hampir” realiti ini menjadikan golongan muda berfikir dua kali sebelum melakukan gejala tidak sehat seperti jenayah.
trailer juvana the movie
sinopsis drama juvana (sinopsis filem masih belum diketahui)
Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.
Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.
Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.
Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
tags : episod 1, juvana tv3, download juvana, juvana episod akhir, lagu tema juvana, ost juvana, mediafire, 4shared, juvana youtube ,juvana the movie,sinopsis juvana the movie,trailer juvana the movie,sinopsis filem juvana the movie,pelakon juvana the movie,sinopsis juvana the movie,pelakon juvana the movie,trailer filem juvana the movie