SENARAI PROGRAM YANG DITAWARKAN MATRIKULASI 2011/2012

8

program yang ditawarkan di kolej matrikulasi tahun 2011, pemilihan program matrikulasi boleh disemak dibawah..matrikulasi menawarkan 3 modul untuk kesemua calon..pemilihan dibuat haruslah bertepatan dengan aliran ketika di tingkatan 5..
Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 berwajah baru dengan memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga jurusan yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang. Kursus-kursus berikut adalah:
1. Modul I
2. Modul II
3. Modul III
Permohonan yang telah dilaksanakan akan diproses dan pemilihan terhadap ketiga-tiga modul tersebut akan berlaku di Kolej-kolej Matrikulasi seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat dua program yang akan berjalan secara langsung iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun untuk jurusan Sains sahaja. Harus diingat Jurusan Sains mengandungi tiga modul yang diterangkan di atas. Pakej mata pelajaran adalah sama bagi kedua-dua Program Satu Tahun (PST) ataupun Program Dua Tahun.
Walaubagaimanapun, jurusan Perakaunan dan Teknikal masih mengekalkan struktur program yang sama seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.
berikut jurusan yang ditawarkan mengikut kadar tahun pengajian
1. program satu tahun (pst)
Pelajar yang terlibat dalam PST terdiri daripada pelajar Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Teknikal. Seperti yang diterangkan sebelum ini, pelajar daripada aliran Sains akan dipecahkan kepada tiga modul seperti yang disebutkan di atas. Setiap Modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedua jurusan tersebut digarap dengan mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan.

2. program dua tahun (pdt)
Program ini mempunyai tempoh pengajian sebanyak empat semester. Walaubagaimanapun, hanya Jurusan Sains sahaja yang terlibat. Tiga modul seperti yang disebutkan di atas masih wujud cuma tempoh pengajian dipanjangkan sebanyak setahun lagi menjadikannya sebanyak dua tahun. Ini adalah bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang kurang baik tetapi masih ingin mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, program ini hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja.

3. program teknikal
Program ini mula diperkenalkan pada sesi 2009/2010 dan dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata pelajaran teknologi kejuruteraan. Progam teknikal hanya menawarkan pengajian selama satu tahun dan struktur pengajian adalah sama dengan apa yang ditawarkan oleh PST.

4. program perakaunan
Program ini hanya menawarkan jangkamasa selama satu tahun sahaja.
Senarai Subjek Teras

Modul I

1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Biologi


Modul II

1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Sains Komputer


Modul III

1. Matematik 2. Kimia 3. Biologi 4. Sains Komputer


Senarai Subjek Wajib

1. Bahasa Inggeris 2. Kemahiran Dinamika 3. Pendidikan Islam dan Moral 4. Kokurikulum

*Senarai Modul adalah sama bagi Program Satu Tahun atau Program Dua Tahun. Hanya masa dan syarat kemasukan yang berbeza.

8 Comments

  1. Sy ada dpat matrik 2 tahun aliran sains.Masa form5 dlu sy ada ambil subjek bio,fizik,kimia dan add math, tp sy rasa mcm xleh bwak je fizik tu..Dalam spm pun sy cuma dpat D subjek fizik. Nak tanya pendapat, sy patut ambil modul yg mana ye???patutkah sy ambil modul 3 sedangkan sy langsung tak tahu bagaimana pembelajaran dalam subjek sains komputer..

    • Salam ….saudari , program 2 tahun bagus krn x stress sgt pembelajarannya ….tidak mengapa jika x belajat sains komputer masa SPM ….disana pensyarah akan membantu saudari …dan ingat jgn setkan dlm pemikiran kite dgn megatakan “matrik itu susah “

Ada Sebarang Pendapat? Jom Komen.

illustrasiAku.com located at 511/67 Huynh Van Banh , Ho Chi Minh, VN . Reviewed by 587 customers rated: 8.7 / 10