SEMAKAN KEPUTUSAN TAJAAN KPM 2014 LEPASAN SPM 2013

0

SEMAKAN KEPUTUSAN TAJAAN (BIASISWA) KPM 2014 DAN SYARAT-SYARAT BURSARY PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2013 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN 2014

Bursary Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara. 

Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2013 yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dan ke atas.

Pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 akan ditawarkan secara automatik Bursary di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan di dalam negara sahaja.

Untuk melayakan pelajar menerima tawaran ini, pelajar harus memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut : -

I. Syarat-Syarat Umum

a. Mendapat 9A+ dan ke atas dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013;
b. Warganegara Malaysia; dan
c. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2013.

II. Syarat-Syarat Khusus

a. Mengikuti salah satu program persediaan berikut:-

i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
ii. Matrikulasi
iii. Asasi di IPTA
iv. International Baccalaureate (IB)
v. A-Level

b. Mengikuti pengajian peringkat persediaan di institusi persediaan dalam negara yang telah ditetapkan oleh KPM.

[marker color=”#1e73be”]KLIK SINI UNTUK MEMBUAT SEMAKAN TAWARAN TAJAAN KPM[/marker]

Sebarang pertanyaan berhubung penajaan peringkat ijazah pertama di dalam atau luar negara setelah menamatkan pengajian peringkat persediaan, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Modal Insan, di talian 03-8885 3564 / 3489 / 3386 / 3403 / 3939 / 3492 / 3380 / 3560 / 3678 atau emel di [email protected]

Leave A Reply