Semakan keputusan kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda diUniversiti Sains Malaysia bagi Sidang Akademik 2011/2012 boleh dibuat mulai 10 Jun 2011, jam 12.00 tengahari.
Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi, Asasi, Diploma dan setaraf dengannya yang telah mengemukakan permohonan untuk kemasukan ke USM bolehlah menyemak keputusan mereka.
Semakan Keputusan USM
- Semakan keputusan permohonan ke USM boleh dibuat melalui laman webhttps://pohon.usm.my/
- Pemohon perlu Log In dengan menggunakan Nombor Rujukan Permohonan.
- Hebahan melalui sms juga dibuat kepada calon yang berjaya.
Pengesahan Penerimaan Tawaran
- Mereka yang berjaya perlu menyemak dan membuat pengesahan samada menerima atau menolak tawaran kemasukan ke USM.
- Pengesahan perlu dibuat selewat-lewatnya pada 15 Jun 2011, jam 5.00 petang.
- Nama calon yang tidak berjaya atau tidak memberi jawapan atau menolak tawaran USM akan dihantar kepada UPU (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk proses pemilihan bagi pengambilan oleh IPTA lain (tertakluk kepada permohonan calon ke UPU).
Permohonan Rayuan
- Calon yang tidak berjaya tetapi masih berminat untuk mengikuti pengajian di USM boleh mengemukakan permohonan rayuan mulai 11 hingga 20 Jun 2011.
- Setiap calon yang merayu dibenarkan memilih maksimum dua program pengajian kecuali program pengajian yang melibatkan temuduga.
- Rayuan hanya terbuka kepada calon-calon yang memohon ke USM tetapi tidak mendapat tempat.
- Semua kes rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat.
Program Pendidikan
- Keputusan permohonan ini tidak melibatkan permohonan ke USM yang dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) bagiProgram Pendidikan.
- Sila rujuk laman web UPU untuk maklumat mengenai keputusan permohonan Program Pendidikan.
Pertanyaan
- Sila hubungi Talian Khas USM di 1 300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau e-mel: [email protected] jika terdapat sebarang pertanyaan.
- Talian Khas USM akan dibuka pada 10 – 12 Jun 2001 dari pukul 8:10 pagi hingga 8:00 malam. Manakala mulai 13 Jun 2011 akan dibuka dari pukul 8:10 pagi hingga 5:10 petang sahaja dan hanya dari hari Isnin – Jumaat.