RAYUAN KEMASUKAN MRSM 2014 TINGKATAN 1 DAN 4

58

CARA TULIS SURAT RAYUAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA MRSM 2014 PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 DAN 4 JANUARI SEHINGGA APRIL

Kepada calon-calon yang memohon tempat di MRSM bagi sesi 2014 samada tingkatan 1 ataupun tingkatan 4 tetapi gagal terpilih di mana-mana MRSM untuk pengambilan pertama, anda boleh buat rayuan kepada pihak MARA untuk pengambilan kedua dan ketiga nanti.

Walaubagaimanapun, keputusan ini nanti akan dipengaruhi oleh jumlah kekosongan yang tinggal atau markah merit pemohon. Permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan sehingga akhir bulan April bagi tahun berkaitan akan dianggap tidak berjaya. MRSM membuat 3 kali pengambilan diantara Januari sehingga April setiap tahun.

Rayuan Kemasukan MRSM 2014 Tingkatan 1 dan 4

Rayuan boleh dibuat dengan menulis surat rasmi kepada pihak MARA dan menghantar sendiri atau poskan surat rayuan tersebut kepada alamat berikut;

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)
Tingkat 19, Bangunan Medan MARA
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur

Soalan Lazim Sebelum Buat Rayuan

1. Jika saya tidak berjaya, bolehkah saya membuat rayuan dan adakah rayuan anak saya dapat dipertimbangkan

[infobox color=”#eeee22″ textcolor=”#000000″]Boleh, setiap pemohon berhak mengemukakan surat rayuan sekiranya mereka tidak berjaya di dalam tawaran yang pertama. Bagaimanapun, pemilihan kepada calon yang merayu masih tertakluk kepada merit pemohon.[/infobox]

2. Bagaimanakah surat rayuan yang terbaik dapat saya buat dan adakah perlu sokongan daripada sesiapa yang berkenaan?

[infobox color=”#eeee22″ textcolor=”#000000″]Surat rayuan yang terbaik adalah surat rayuan rasmi. Sokongan dari mana-mana pihak tertentu adalah atas initiatif tuan/puan. Bagaimanapun, pertimbangan rayuan pemohon masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pemohon yang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar Peringkat Pengurusan MARA.Sokongan rayuan digalakkan dibuat dengan menyertakan lampiran sijil-sijil yang diakui sah sebagai bukti penglibatan pemohon di dalam sesuatu aktiviti.[/infobox]

3. Bilakah rayuan saya akan dijawab dan bagaimana saya boleh mengetahui keputusan rayuan yang saya buat?

[infobox color=”#eeee22″ textcolor=”#000000″]Oleh kerana pihak MARA seringkali menerima ribuan surat rayuan maka, rayuan-rayuan pemohon tidak semestinya dijawab oleh pihak MARA.Calon diingatkan merujuk kepada Kad Jawapan yang dinyatakan dengan jelas bahawa setiap permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan sehingga akhir bulan April bagi tahun berkaitan akan dianggap tidak berjaya.[/infobox]

Atau bolehlah menghubungi pihak MARA di talian 03-26915111 sambungan 3331/ 3392/ 3394/ 3764/ 3765/ 3766

58 Comments

  1. Bagaimana ingin mengetahui keputusan pertukaran mrsm dan bilakah keputusan pertukaran utk tahun 2014 diumumkan

  2. hilarion libin @ kamaruddin on

    Baru2 ini mrsm kk telah meminta fax beberapa dokumen untuk rayuan ting 1 atas nama zayid izzuddin azhar, bilakah keputusan dapat diketahui?

  3. Puan Nur Syazwani on

    Assalamualikum…
    Tuan,
    Anak saya Nur Adlina Bt Abd Basri pelajar Tingkatan 1 telah membuat permohonan secara online tetapi gagal mendapat tempat di Mrsm Kota Kinabalu pada tahun 2014 kerana kecuaian saya yang gagal menghantar dokumen yang diminta oleh pihak MARA.Tetapi,baru-baru ini saya telah banyak menghantar surat rasmi dan soalan saya,masih berpeluangkah untuk anak saya masuk ke Mrsm Kota Kinabalu sedangkan tinggal sedikit sahaja lagi kekosongan yang ada?walaupun saya telah banyak kali membuat surat?

  4. salam…saya nak tanya….untuk rayuan,adakah perlu disertakan dengan salinan sijil…?? dan adakah surat sokongan dari mrsm yg dipilih perlu ada…???

  5. MASWATI NGADEMIN on

    aSSAlamualaikum…bila agaknya kami boleh mengetahui keputusan rayuan MRSM tingkatan satu untuk intake ke dua dan tiga.Bagaimanakah caranya.

  6. salam,
    saya tak sempat nak mohon mrsm pada tempoh hari, jadi macam mana caranya saya nak memohon mrsm? Boleh ke guna rayuan bertulis macam ni?

  7. salam…

    tuan/puan
    Saya telah membuat rayuan secara on line utk tingkatan 1.Saya juga berhasrat utk menghantar sijil-sijil berkaitan anak saya ke pihak mara dalam minggu ini.Kelewatan saya utk menghantar sijil ini kerana terdapat kesilapan dalam ejaan nama anak saya dan inshaAllah dlm minggu ini saya akan dpt sijil tersebut..Masih bolehkah saya menghantar sijil -sijil tersebut..terima kasih

  8. Salam…

    Tuan/Puan..
    saya telah membuat rayuan secara on line tetapi belum menghantar sijil-sijil berkaitan kerana terdapat kesilapan ejaan pada nama anak saya.Masih bolehkah saya menghantar sijil-sijil tersebut dalam minggu ini selepas pihak sekolah memperbetulkan nama anak saya…

  9. Assalamualaikum,

    Kami dari Pasir Gudang dan anak kami telah melapur diri di MRSM Parit, Perak dibawah program IGCSE pada 3Februari tempoh hari. Kami telah mohon pertukaran sebelum tarikh lapur diri tapi tiada jawapan. Adakah permohonan kami masih diambil kira kerana program IGCSE juga ada ditawarkan di MRSM terdekat kerana sekiranya pihak MRSM sedang mempertimbangkan pengambilan kedua bermakna ada kekosongan. Kami bukan tidak bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada anak kami cuma pertukaran dapat mengurangkan banyak kos dan pastinya anak lebih yakin jika keluarga berada dekat. Banyak kes pertukaran mengambil masa setahun, kenapa? Mohon pencerahan.

  10. Maaf..saya mencelah..kes anak saya pun serupa..tiada link untuk membuat rayuan setelah permohonan ditolak..sedangkan sahabat dia mempunyai link tersebut walaupun permohonan dia juga tidak berjaya..saya cuma ingin bertanya jikalau saya telah menghantar surat rasmi(rayuan) ke Pejabat Mara..perlukah saya mengisi e-rayuan semula jikalau ada portal rasmi untuk mengisi permohonan rayuan online???dan bilakah keputusan rayuan tersebut diketahui??

    Kerjasama Encik/Cik amat dihargai..
    Terima kasih

  11. saya nak buat surat rayuan tukar maktab yang lebih dekat dengan kediaman.betulkah alamat yang saya guna ni?

    Pengarah
    Bahagian Pendidikan Menengah
    MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
    Tingkat 19 dan 20, Ibu Pejabat MARA,
    21, Jalan Raja Laut,
    50609 Kuala Lumpur.

  12. zulfa kurnia umani on

    Assalamualaikum….
    saya ingin bertanya…..surat rayuan yang hendak dihantar terus ke pejabat MARA perlu dihantar di kaunter atau terus ke tingkat 19 pejabat tersebut?

    • Jika tiada link untuk rayuan online. anak encik harus menulis surat rasmi (rayuan). terima kasih.

      Ke Alamat :

      Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)
      Tingkat 19, Bangunan Medan MARA
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur

  13. ahmad bohary bin salleh on

    salam. anak saya dapat 8 A PMR 2014 dan tidak memohon ke SBP. Permohonannya tidak berjaya. Apakah kriteria pemilihan kemasukan tersebut?

  14. Assalam. Anak saya tak dapat mrsm 2014. Tapi telah buat rayuan secara online. Adakah perlu untk saya menghantar surat rayuan resmi ke pejabat mara lagi? Terima kasih

  15. Assalammualaikum..bila keputusan rayuan mrsm panggilan kedua tahun 2014 diumumkan? Perlu semak secara online ataupun perlu tunggu surat sampai di rumah??

  16. untuk membuat rayuan adakah secara bertulis atau e-rayuan kerana saya telah cuba untuk membuat secara online tetapi tidak ada?

  17. azman kamaruddin on

    salam…ank sya tlah dpt twran d mrsm kubang pasu…sdangkn beliau memohon aliran akademik biase…adalah menjadi kerugian kpd anak sya jika tk dpt ikut Sukatan IGCSE. Bleh kh untuk ank sya tukar kpda aliran akedemik biasa .

  18. salam,
    anak saya telah mendapat tempat di salah satu sbp…boleh kah dia memohon kemasukan ke mrsm?Sebagaimana sebelum ini ibubapa dalam dilemma di mana ketidak pastian yang mana dulu sbp atau mrsm….sepatut nya serentak diumumkan barulah ibubapa dapat membuat keputusan untuk anak mereka.

      • maaf di pinta..boleh kah anak saya memohon kemasukan ke mrsm walaupun dia telah mendapat tempat di sbp?juga saya harapkan kalau boleh,tawaran kemasukan pelajar ke mrsm bagi tingkatan 1 serentak dibuka dengan tawaran sbp.

  19. Salam 1 Malaysia,

    Saya nak tanya bilakah tarikh akhir permohonan rayuan kemasukan MRSM tahun 2014?
    Anak saya yang bernombor angka giliran SG2041011 tidak berjaya pada permohonan pertama. Mohon pihak tuan mempertimbangkan semula.

  20. Salam….ada had tak bilangan perkataan untuk buat rayuan ke MRSM secara online?
    Takde dinyatakan pun….2 tahun lepas…limit kepada 50 patah perkataan jer.

  21. Salam….ada limit tak bilangan perkataan untuk buat rayuan ke MRSM secara online?
    Takde dinyatakan pun….2 tahun lepas…limit kepada 50 patah perkataan jer.

  22. Salam.. Boleh sy tahu, sekiranya anak sy tidak pernah memohon kemasukann ke mrsm
    utk 2014, boleh ke sy terus berhubung dengan pihak mrsm di jalan raja laut?
    Tempoh hari anak sy ade memohon tapi permohonan telah ditutup.
    Anak sy memperolehi keputusan 8A.
    Harap maklum balas.
    Terima kasih.

    • hanya yang membuat permohonan sahaja akan diberikan tempat di MRSM. walaubagaimanapun puan boleh berhubung terus dengan pihak mara untuk dapatkan maklumat lanjut.

  23. REUBEN RAJ A/L RAJA KUMAR on

    Kepada Pengarah MRSM,
    Saya tidak dapat kemasukan ke tingkatan satu mrsm. Dengan ini saya membuat rayuan untuk mempertimbangan permohonan saya untuk pengambilan kedua. Saya begitu ingin belajar di mrsm.
    Untuk tindakan tuan saya mengedarkan butiran diri saya:
    i/c no : 010414011367
    angka giliran : NE0231056
    no h/p : 0136059369
    0196096586

    • maaf. rayuan tidak boleh dibuat disini.Rayuan boleh dibuat dengan menulis surat rasmi kepada pihak MARA dan menghantar sendiri atau poskan surat rayuan tersebut kepada alamat berikut;

      Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)
      Tingkat 19, Bangunan Medan MARA
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur

  24. Anak saya di tawarkan di mrsm terendak sedangkan kami minta di aliran tahfiz ulul albab.adakah boleh mohon agar di tempatkan di gemencih.

    • anak puan harus mendaftar dulu di terendak. Permohonan pertukaran boleh dibuat selepas itu. Jika ada kekosongan, anak puan mungkin berpeluang. =)

  25. Assalammualaikum,
    Tuan,
    Soalan:
    Anak saya (Muhammad Harith Lutfi b. Mohd Zamri) telah memohon mrsm ua di Gemencheh, bolehkah permohonan anak saya diterima di mana-mana mrsm akademi lain sekiranya ada kekosongan?

Leave A Reply