RAYUAN KEMASUKAN KE IPTA SESI 2011

by TunTeja on May 5, 2011

Calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012 dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan, melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my


Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada 14 Jun 2011 dan tarikh mendaftar pada 16 jun 2011.

Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.


PENTING :


calon tidak boleh membuat pertukaran program dan ipta…


  1. Hanya CALON GAGAL mendapat tawaran IPTA sahaja yang boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan yang diselaraskan oleh BPKP JPT dalam tempoh 10 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.

  2. Calon gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya ke Matrikulasi KPM dan yang telah MENDAFTAR dengan MATRIKULASI KPM, boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-endcalon yang telah berdaftar dengan BMKPM diselaraskan dan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.


    jika terdapat sebarang kemusykilan terhadap no 1. dan no 2.anda dinasihatkan membaca dahulu syarat-syarat rayuan di http://upu.mohe.gov.my/upu.php. dan pihak admin hanya menyampaikan info yang tepat dan terbaik untuk pelawat laman i2u ini.

semakan keputusan rayuan ipta 2011/2012 boleh di buat di portal rasmi semakan e-rayuan upu di bawah mulai 14 jun 2011


Previous post:

Next post: