PUISI LUAHAN DAYANA LOKMAN ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM

0

SAJAK PALSU – PUISI SEDIH LUAHAN HATI ISTERI PERTAMA ASHRAF MUSLIM – LUAHAN HATI DAYANA LOKMAN UNTUK SUAMI SELEPAS BERKAHWIN KALI KEDUA DENGAN WAN SAKINAH

Dayana dan keluarga telah dikejutkan dengan berita perkahwinan kedua Ashraf Muslim bersama dengan Wan Sakinah bekas kru produksi di Thailand pada 7 Julai 2013 yang lalu. Ashraf telah memberikan alasan untuk ke Thailand atas urusan kerja kepada Dayana.

Namun hal itu terbongkar apabila Dayana menemui jadual penerbangan Ashraf ke Siam bersama nama Wan Sakinah yang tertera.

PUISI LUAHAN HATI DR. DAYANA LOKMAN ADALAH PALSU – SEORANG WANITA TAMPIL MENGAKU SAJAK ITU MILIKNYA

Telah tersebar puisi yang dikatakan ditulis oleh Dr. Dayana Lokman dilaman sosial facebook seperti dibawah. Seorang wanita telah tampil memberi penjelasan yang sebenarnya puisi itu tidak ditulis oleh Dayana. Puisi yang tersebar itu adalah tulisan oleh wanita berkenaan yang mengaku telah menulisnya lama dulu.

Tetapi dari cara sajak ini dililirikkan setiap bait katanya seperti betul-betul kena dengan situasi Dayana dan Ashraf. Apa-apa pun selaku pemilik blog meminta maaf setelah menjadi salah satu laman web yang menyebarkan syair ini. Puisi kesedihan hati ini sekali lagi kami tegaskan. Ia bukan tulisan dari Dr. Dayana isteri pertama Ashraf.

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Ada Sebarang Pendapat? Jom Komen.

Si prega di attivare i Javascript! / Please turn on Javascript!
Javaskripta ko calu karem! / Bitte schalten Sie Javascript!
S'il vous plaît activer Javascript! / Por favor, active Javascript!
Qing dakai JavaScript / Qing dakai JavaScript