PTPTN Beri Wang Pendahuluan RM1500 Untuk Pelajar IPT

0

Wang pendahuluan PTPTN sebanyak RM1500 akan diberikan kepada pelajar yang mohon PTPTN sebelum melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam mahupun swasta. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September depan, kata Datuk Seri Najib Razak. Semua pelajar yang layak akan menerima sebanyak RM1,500 seorang, dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan itu diberikan kepada pelajar yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini. Katanya, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program bersifat proaktif bagi memastikan masa depan golongan muda di negara ini terus terjamin dan bertambah baik.

Dengan bantuan wang pendahuluan PTPTN, semua pelajar dan ibu-bapa tidak perlu risau lagi tentang kebajikan atau pembiayaan anak mereka di universiti kelak.

Leave A Reply