Pesara Kerajaan Terima Pencen Bonus RM500 2011 Jumaat Ini

by TunTeja on August 17, 2011

minggu lalu kakitangan kerajaan diberi bonus oleh kebanyakkan negeri dengan kadar setengah bulan gaji.kini giliran pesara awam pula menerima bonus pencen bernilai rm500 setiap seorang.pemberian bonus hari raya kepada pesara kerajaan ini telah dilakukan sejak tahun lalu lagi dengan jumlah sama rm500 seorang.pemberian bonus ini bagi membantu meringankan perbelanjaan menjelang syawal yang hanya tinggal kurang dari 2 minggu dari sekarang.

Tarikh pesara terima bayaran pencen bonus hari raya 2011 adalah pada jumaat ini bersamaan 19 ogos 2011. Pesara akan menerima bayaran pencen dan bayaran khas sebanyak RM500 sempena Hari Raya Aidil Fitri 2011.Menurut Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), pesara yang dibayar pencen melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terbabit mulai Jumaat ini

Sementara bayaran khas pesara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu iaitu sebanyak RM500 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.Dengan itu penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi Borang tuntutan pencen di kaunter bank, menurut kenyataan itu.

Pesara yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479.

Previous post:

Next post: