Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012

77

PERMOHONAN DAN KEMASKINI PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL LEPASAN PMR 2012.

permohonan kemasukan ke sekolah menengah teknik dan sekolah vokasional 2012 sudah dibuka mulai 5 september 2011.permohonan kemasukan ke sekolah teknik dan vokasional boleh dibuat secara online melalui maklumat dibawah.sila teliti setiap maklumat yang diberi dan pihak kami menyediakan link-link berkaitan yang membawa terus anda ke laman permohonan kemasukan ke sekolah menegah teknik, sekolah vokasional dan kolej vokasional untuk sesi 2012.

Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012. 

Syarat-syarat Umum: 

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
  • Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya. (Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
  • Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan Elektrik dan Elektronik. 

Cara Memohon:

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.
  • Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
  • Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

cara membuat permohonan kemasukan ke sm teknik, s vokasional dan kolej vokasional 2012

[klik disini untuk memohon]

selepas anda selesai mengisi maklumat permohonan.anda haruslah mengemaskini permohonan anda selepas keputusan PMR dikeluarkan nanti.

[klik disini untuk kemaskini permohonan]

segala maklumat berkaitan permohonan ini atau maklumat terkini berkaitan sekolah vokasional, sekolah menengah teknik, kolej vokasional

[klik disini untuk mengikuti perkembangan dan maklumat terkini]

bahagian teknik dan vokasional juga menyediakan pelbagai kursus yang boleh dipilih mengikut minat dan kebolehan pemohon.untuk mendapatkan maklumat kursus yang disediakan di sekolah menengah teknik dan vokasional boleh teliti link dibawah.

[klik disini untuk mendapatkan senarai kursus yang disediakan]

TERDAPAT MASALAH PADA PAUTAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH TEKNIK 2012. JADI SILA IKUTI PETIKAN DIBAWAH DENGAN TELITI BAGAIMANA CARA UNTUK MEMPEROLEHI BORANG PERMOHONAN TERSEBUT.

Untuk mengetahuan calon yang ingin memohon sekolah teknik, anda boleh mendapatkan borang kemasukan dengan datang sendiri ke Sekolah Menengah Teknik yang terdekat.

Borang Permohonan hendaklah diisi lengkap dan dihantar ke sekolah teknik yang berkenaan.

Keputusan Minimum kemasukan Sekolah Menengah Teknik

PMR: Sekurang-kurangnya lulus 3 Matapelajaran termasuk Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik.

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik/Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info[email protected]

77 Comments

  1. saya berminat hndk memsuki skolh teknik ni..tapi..apakh jurusan yg boleh saya ambil???adakah ianya semua berkaitan dgn teknikal?apakah kelas yg tertinggi(first class) d sm teknik likas ni?

  2. as-salam.. nak tnye nie.. sya da tersgt2 pelik ni.. kwn sya da dpt twaran masuk sek teknik tapi dia daftar melalui on9 sebelom dapat result PMR… nk tnya.. adakah prmohonan saya melalui online ditolak ataupon kena daftar melalui borang?

  3. muhammad amirul rasyid on

    assalamualaikum…
    memandangkan tarikh untuk kemasukkan ke vokasional dah tamat…saya berasa frust sebab kelewatan ini sebab saya tidak tahu bagaimana cara untuk memohon.tapi saya memang berminat untuk memasuki vokasional jadi adakah lagi peluang lagi untuk saya memohon.

  4. as”kum…..sya nk tnya skit…
    mcm mna klaw permohonan sya yg pertama tak di terima…..
    kputusuan PMR sya hnya dpt 1B 4D 3C…..adakah sya blh msuk ke Sm Teknik Likas….?

  5. asmualaikum .. npe ?? ble kte nk mgmaskini dy tlis erroR ?? mcm mne nk tau kputusn same ada surat smpai atau melalui online ..?

  6. salam ,
    nk tnye ats tu ade tulis syarat2 nk msuk smt kne lulus bm,bi n mt tp bole tau lulus yg mcm mne erk? kalo msl mt C n yg bi D.. ble dpt tak?

  7. Assalamualaikumu Warahmatullahi Wabarakaatuh…Saya mahu bertanya sedikit …bilakah keputusan sekolah teknik ? bagaimanakah mahu update keputusan dari percubaan ke sebenar PMR ( keputusan Berubah )..Harap pihak tuan/puan boleh membantu saya dalam hal2 ini..insyaALLAH..TQ..

  8. salam…
    Sye nak mmbuat kemaskini untuk adik sdare sye…tp ble sye msukkan no ic ngan angka gliran…die tulis ‘file 0r direct0ry n0t f0und…ape mksudnye tu…hrap boleh dperbaiki…ok…

  9. Assalamualaikum
    1.mohon pertanyaan bila kah semakan dan keputusan permohonan sek men vokasional puteri di umumkan.
    2.Permohonan ke vokasional puteri dah dibuat sebelum tarikh tutup tetapi tdk dikemas kini dengan keputusan pmr sebenar. Boleh kemas kini lagi lagi atau bagaimana?

    terimakasih

  10. Assalammualaikum….
    dkt ats dy ad tliz kemas kini selepas keputusan pmr kuar….
    tpi knpe ble sy klik x blh bkak…….
    tlg yer….

  11. b0leh x kl0 sye nk buat rayuan utk mm0hon v0kasi0nal ? dh mhn.. tp, nk mngemaskini 2 dye de kluar ‘file 0r direct0ry n0t f0und’. mcm mne 2? nk kne buat rayuan ke?

  12. salam. saya nak mengemaskini permohonan. kenapa saya tak boleh klik link tu? dia akan keluar :

    ’404 – File or directory not found.
    The resource you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable.’

    atau mungkin tarikh untuk mengemaskini belum di buka? terima kasih atas jawapan admin :)

  13. Assalamualaikum ..
    bagaimana nak mengemaskini borang pemohonan ?
    sbb tarikh tutup dah lpas .. sy bru nampak hari ini ..
    sy masih ada harapan ke utuk membuat rayuan ?

  14. Khairul Ikhwan on

    salam admin….. klw kta sdah bwt permohonan ke SM Teknik melalui internet…. kputusan permohonan tu kta boleh dapat dri internet jga kah atw kna hantar surat ke alamat kita sndiri?? dan bila keputusan permohonan tu akan dikeluarkan??

  15. Assalamualaikum Admin, hari tu dah mohon teknik secara online. Tapi bila discuss balik dengan family, orang suruh mohon teknik kat tempat lain. Tapi bila bukak page tu, dia keluar ” have been forbiden”

    Macam mana ek ? Means tarikh dah tutup ke nak update permohonan kita tu ? Hadushhhhh.

    Admin, kalau tak susah tolong2 lah ek solve my probs. Thanks (:

  16. salam..saya nak mohon teknik utk adik saya..tapi tarikh permohonan masih dibuka lg kew??kalau masih dibuka tolong emailkan link..sekian..

  17. sye nk sgt study at mnew2 teknik….
    tpy sye xthu nk mhon cm new..
    nk mhon pon kne ade anka gliran tpy sye x ingt larh..
    ecok trikh mhon da ttup..
    salam…

Leave A Reply