Permohonan Kemasukan Ke SBP Tingkatan 1 dan 4 2012 – online

36

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE SBP TINGKATAN 1 DAN 4 TAHUN 2012.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa permohonan secara online kemasukan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tahun 2012 akan dibuka pada 1 September sehingga 15 Oktober 2011.

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP

  1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
  2. Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
  3. Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
  4. Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
  3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
  4. Aktif dalam kokurikulum.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
  1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.
  2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
  • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
  • Kaunter BPSBPSK
  • Talian hotline BPSBPSK
  • Kaunter JPN / PPD yang berhampiranSurat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
  • Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas
  • daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
  • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
  • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
  1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
  2. Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
  3. alinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP
  • Warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
  • Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
  • Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
  • Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
  • Aktif dalam kokurikulum.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
  1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan.
  2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
  • ·         Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
  • ·         Kaunter BPSBPSK
  • ·         Talian hotline BPSBPSK
  • ·         Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
3.       Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
  1. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
·            Warganegara Malaysia.
·         Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas
daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
·         Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
·         Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

36 Comments

  1. saya dah memohon utk masuk ke sbp dan aliran yang saya pohon ialah sains tulen.apabila permohonan saya diterima adakah aliran masih sama ataupun akan ditetapkan oleh pihak sekolah?

  2. Dhiasyarafana96 on

    Salam..sy nak tanye sikit..kelayakan kemasukan tu inginkan 6A..tp x t’masuk bahasa antarabangsa..tp B dlam subjek lain..tp klau 7A2B..tp B Bm dgn Bi..agak2 dapat x peluang tue..

  3. Salam.. Saya ada tersilap letak nama bandar tempat saya tinggal masa isi borang tu, takpa ke? Dan, bila semakan ke sbp akan dibuka?

  4. >sya terlupa nak print dan hantar ke sbp(ting 4) yg dipohon…macamana yer?
    >adakah peluang sya masih ada untuk ke sbp ting 4 2012?
    > ada sape2 yg boleh jawab?

  5. Tumpang tanya? Permohonan tidak boleh dibuat sekali lagi hingga 22 oktober kee? Saya amat berharap ingin masuk ke SBP form 1… Harap dibalas jawapannya ;-)

  6. Macam mana kalau tak hantar 1 salinan kpd guru besar sekolah skrg. Masalahnya saya dah bagi untuk pengesahan 2 salinan. Dipulangkan kedua-dua kat saya?

  7. Bagaimana kalau nama saya yg telah di hantar eke lembaga untuk PMR sy baru perasan salah? Apa harus saya buat untuk membetulkannya. Hanya tinggal dua minggu lagi.

Leave A Reply