Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Dan 1 2012

by TunTeja on September 26, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM SESI 2012 UNTUK TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 SECARA ONLINE

Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengendalikan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pengambilan pelajar baru MRSM adalah untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 sahaja.

Permohonan Tingkatan 1 MRSM

  • Permohonan kemasukan ke tingkatan 1 akan dibuka mulai pada hari keputusan UPSR diumumkan.

Permohonan Tingkatan 4 MRSM

Syarat Kelayakan Masuk MRSM

Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2011.

Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2011.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM

  • Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  • Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh antara 28 November hingga 2 Disember 2011.
  • Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan secara atas talian (online).

Pemilihan

 

  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  • Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan

Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2012. (dibuka mulai 3 Oktober 2011)
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:

Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 Oktober 2011 secara percuma.
Sila bawa salinan kad pengenalan dan keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2011 yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin. Bawa juga angka giliran PMR pemohon.

Tarikh Tutup

Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2012 akan ditutup pada 20 Oktober 2011.
Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.
Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Maklumat

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan kemasukan ke MRSM sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19 & 20, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur atau telefon 03-26134509/ 03-26134513 atau faks 03-26911658.
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Related posts:

  1. Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional Sesi 2012
  2. Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012
  3. Tawaran Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja Tingkatan 4 – 2012
  4. Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011
  5. Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke SBP Sesi 2012
  6. Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Disember 2011
  7. Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM 2012/2013
  8. CARA MEMOHON ONLINE KEMASUKAN UITM SESI SEPTEMBER 2011
  9. PERMOHONAN KEMASUKAN UITM SEMESTER 2 SESI 2011/2012
  10. RAYUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE TINGKATAN ENAM

{ 25 comments… read them below or add one }

ragumaran a\l sathikkumar February 15, 2012 at 9:11 PM

saya adak pelajar siji kemahiran malaysi. nak sampung lagi untak diploma cos fasion desainear.

Reply

nurafifah February 13, 2012 at 8:40 AM

sekarang sy sdg menunggu result rayuan sbp. in case la kalau saya tak dapat sbp ni, ada harapan lagi tak nak masuk mara? sebab sy dah keluar da sekolah sebelum ni. and kalau ada harapan, nak mohon macam mana? harap reply . tq

Reply

wan January 10, 2012 at 9:23 AM

salam.. sy nk tanya bila keputusan kemasukan tingkatan 1 ke mrsm sesi 2012 akan diumumkan?

Reply

NUR IZZATI December 31, 2011 at 8:38 PM

.salam.saya ingin tanye adakah keputusan kemasukan ke mrsm hanya boleh disemak secara online?.adakah ada surat yang akan dihantar jika layak ke mrsm..?

Reply

Ana December 30, 2011 at 4:15 PM

Salam. Anak saya ada memohon mrsm utk tingkatan 1 2012. Boleh saya tau bila keputusan boleh diketahui dan bila pengambilan pertama ke tingkatan 1 mrsm? T.kasih

Reply

TunTeja December 30, 2011 at 9:21 PM

mrsm akan keluarkan keputusan selewat-lewatnya 30 hari selepas keputusan pmr

Reply

NORLIZA BT MOHD SAAD December 26, 2011 at 10:27 PM

Salam.Anak lelaki saya mendapat 7A 1B dalam PMR baru-baru ini.Tetapi dia tidak memohon melalui on line pada tarikh yang telah ditetapkan dan dia amat berharap untuk masuk MRSM.Minta tolong jelaskan cara agar dia dapat memohon untuk belajar di MRSM.

Harap persoalan saya ini mendapat jawapan dari pihak tuan kerana dia amat berharap untuk menjadi salah seorang pelajar MRSM.

Reply

TunTeja December 27, 2011 at 1:30 AM

hi, norliza.

tahniah kerana anak puan beroleh keputusan yang baik dalam pmr lepas. dan beliau boleh diterima masuk ke mrsm sekiranya sudah membuat permohonan sebelum tarikh tamat. maklumat seperti berikut.

*Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2012 akan ditutup pada 20 Oktober 2011.
*Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
*Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.
*Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Reply

Marissa December 26, 2011 at 9:35 PM

Salam. Anak say a baru leaps dapat keputusan PMR dan alhamdulillah dap at 6A 2 B.

Adakah terlalu lewat untuk memohon mask MRSM?

Harap dap at dipertimbangkan.

Terima kasih

Reply

TunTeja December 26, 2011 at 10:00 PM

Hi, Marissa.

tahniah kepada anak puan yang berjaya memperoleh keputusan yang baik dan beliau boleh diterima masuk ke mrsm sekiranya sudah membuat permohonan sebelum tarikh tamat. maklumat seperti dibawah. =)

*Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2012 akan ditutup pada 20 Oktober 2011.
*Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.
*Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012.
*Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Reply

azriana November 18, 2011 at 8:56 PM

nk tanya,dlm ukkm,soaln yg bagaimana yg selalu dtanya erk??apa patut saya bca utk menghadapi ujian tersebut??sekarang sy binggung,xthu apa yg patut sy bca sbgai preparation utk ujian itu..harap pihak berkenaan dpt membantu sy..trima kasih..

Reply

sabrina96 November 14, 2011 at 2:52 PM

Assalammualaikum, saya nak tanye… saya terlewat hantar borang permohonan ke MRSM…. tak silap saya, saya telah menghantar borang tersebut pada 29/10….. adakah saya masih perlu untuk menduduki sesi ujian tersebut. dan lagi satu, macam mane kalau dokumen dan sijil tak lengkap??? kene jawab jugak ke ujian tu???
harap balas…

Reply

pelajar F3 November 11, 2011 at 5:41 PM

saya sudah memohon mrsm tetapi saya lupa pukul berapa sesi ujian saya , yang saya tahu pada 28/11 dan saya memilih sesi 2 . bagaimana jika segala sijil dan dokumen yang telah dihantar tidak diterima/lengkap ? haruskah terus menjalani ujian tersebut ?

Reply

amiera October 16, 2011 at 11:37 AM

Asslamualaikum..boley saye tanyer..borang kemasukan tingkatan 4 ke mrsm perlu diisi & di htr melalui online saje kan? habis tu..maklumat di atas menyuruh kita utk menghantar borg tersebut ke alamt pejabat MARA yg diberikan? maner 1 ny? cara online atau melalui pos?

Reply

TenTeja October 16, 2011 at 11:42 AM

wsalam.sila faham setiap petikan diatas.anda harus memohon secara online dan buat cetakan selepas memohon.kemudian cetakan tersebut haruslah di poskan ke alamat seperti tertera diatas bersama-sama lampiran yang diminta seperti sijil-sijil pencapaian.

maklumat penting permohonan :

Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:

Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan Menengah, Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

harap ini dapat membantu anda.terima kasih.

Reply

pelajar f3 December 24, 2011 at 11:35 PM

tuan..saya pelajar tingkatan 3..saya nak memohon untuk ke mrsm…tapi saya terlewat.macam mane??saya dapat straight a’s..

Reply

fara October 15, 2011 at 10:32 AM

sijil kokurikulum kne hntar ke?
harap balas. THANK :)

Reply

TenTeja October 15, 2011 at 10:42 AM

ye.sudah tentu

Reply

fara October 15, 2011 at 11:11 AM

bagi permohonan tingkatan 4 jugak ke?

Reply

TenTeja October 15, 2011 at 12:45 PM

yup….

Reply

ZackJ October 9, 2011 at 8:39 PM

memang sedang mencari.good info

Reply

shee:) October 8, 2011 at 8:10 PM

salam. ape dokumen lain yg nak kena pos sekali tu ?

Reply

TenTeja October 16, 2011 at 11:45 AM

dokumen lain.seperti salinan ic, sijil – sijil pencapaian sekolah.ataupun anda boleh mengikut panduan disini

http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=8d338cdc-1229-4bb0-83aa-955018c079c7&groupId=2437532

Reply

adry sha October 3, 2011 at 2:32 AM

asalamualikum…
saya pelajar tingkatan 3 pada tahun ini dan ingin
mendaftar kemasukan ke sekolah maktab rendah
sains pada tahun 2012.Soalan saya bagaimana cara untuk saya mendaftar dalam sekolah mrsm?saya sudah mencuba tapi tidak dapat bagi pendaftaran kemasukan ke maktab rendah ini secara online.Bagaimana caranya?harap pihak atasan dapat membantu dan memberi jawapan dengan secepat yang mungkin.terima kasih.

Reply

TenTeja October 3, 2011 at 11:31 AM

permohonan dibuka mulai 3 oktober.dan sila beli no pin sebelum memohon di bank simpanan nasional

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: