PANAS!! NEELOFA BUAT SIDANG MEDIA BAKAL SAMAN ANZALNA NASIR

by TunTeja on June 13, 2012

PANAS!!!! NEELOFA BUAT SIDANG MEDIA TUNTUT ANZALNA KEMUKA BUKTI DALAM TUJUH HARI JIKA GAGAL BAKAL KENA SAMAN

Pergaduhan dan percakaran pendatang baru industri seni tanah air neelofa, tasha shilla dan anzalna nasir kini semakin panas apabila neelofa telah mendakwa dirinya difitnah dan bakal saman anzalna jika gagal kemuka bukti tuduhan di BiPop ahad lalu.

Sebelum ini dalam satu terbitan akhbar BiPop bertarikh 10 jun 2012 yang ditulis oleh Zubir telah membongkar satu pertelingkahan antara neelofa dan anzalna nasir yang masing-masing pernah sertai dewi remaja 2010 yang lalu.

Dalam artikel berkenaan anzalna telah meluahkan rasa hatinya yang mengatakan neelofa seorang yang busuk hati. dalam artikel berkenaan juga menyebut nama tasha shilla sekaligus telah menjawab persoalan “dari mana anzalna tahu neelofa busuk hati terhadapnya ketika dewi remaja dulu”. [klik untuk baca artikel anzalna kata neelofa busuk hati]

Tasha shilla juga sudah keluarkan kenyataan media berkaitan isu permasalahan dengan neelofa yang dilihat seperti tidak puas hati kepada kemenangan tasha shilla. Untuk mengetahuan anda, tasha shilla dan neelofa bertanding dalam ABPBH kategori artis baru wanita popular dan telah dimenangi oleh Tasha Shilla. [ klik untuk baca artikel luahan tasha shilla]

Neelofa yang merasa telah difitnah dan namanya tercemar atas artikel berkenaan telah membuat satu sidang media hari ini bersama dua orang peguam yang masing-masing akan mendakwa anzalna nasir jika gagal kemuka bukti yang diminta oleh pihak neelofa.

Berikut adalah “timeline” sesi sidang media berkenaan yang berlangsung petang tadi (13 jun 2012) di bandar utama.

2.56PM – Pihak Neelofa di’khabarkan sedang mencari Anzalna Nasir untuk menyampaikan sesuatu tetapi enggan dedahkan apakah sesuatu yang di’maksudkan. Adakah surat peguam?

3.35PM – Neelofa bergerak masuk ke bilik sidang media bersama dua orang peguam yang di’lantik khas untuk kendalikan isu yang sedang hangat ini.

3.40PM – Peguam Neelofa menjelaskan bahawa notis tuntutan terhadap Anzalna Nasir telah pun di’keluarkan & tindakan selanjutnya bergantung kepada kenyataan seterusnya oleh Anzalna Nasir.

3.41PM – Pihak Neelofa memberikan tempoh tujuh hari untuk Anzalna Nasir menjawab segala tuntutan. Kegagalan untuk memberikan jawapan akan menyebabkan tindakan undang undang.

3.45PM – Neelofa mendakwa yang artikel tulisan Zubir Berita Harian hujung minggu lalu merupakan 100% fitnah dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga ke hari ini.

3.47PM – Butir tuntutan terhadap Anzalna Nasir akan hanya boleh di’ketahui selepas pelakon itu menjawab dua perkara tersebut yang merupakan lebih kepada tuntutan bukti.

3.49PM – Neelofa menjelaskan yang pihak Seniman boleh campur tangan dalam situasi ini, jika dan hanya jika keadaan berada di’luar kawalan.

3.51PM – Keluarga Neelofa telah membenarkan beliau untuk mengambil tindakan undang undang & dua orang peguam yang di’lantik masing masing adalah Ahmad Hidayat Md Nor & Irwan Mubarak.

P/s : neelofa sebelum ini pernah berkait dengan isu TMJ dan Nur Fazura.

Previous post:

Next post: