NICKSON LOMAS GAGAL KE SEPARUH AKHIR SUKAN OLIMPIK LONDON

by TunFatimah on August 11, 2012

MALAYSIA TAMATKAN TEMASYA OLIMPIK LONDON 2012 DENGAN PINGAT PERAK DAN GANGSA – BRYAN ATLET TERAKHIR BERAKSI DI OLIMPIK LONDON 2012.

Jaguh terjun negara, Bryan Nickson Lomas, ketinggalan satu anak tangga untuk mara peringkat separuh akhir acara 10m platform individu lelaki selepas menduduki tempat ke-19 pada saingan Sukan Olimpik 2012, awal pagi Sabtu.

Bagaimanapun, Bryan, yang menjadi atlet terakhir negara beraksi pada Sukan London itu, diletakkan dalam senarai simpanan sekiranya mana-mana daripada 18 penerjun ke peringkat separuh akhir menarik diri.

Previous post:

Next post: