NABIL JOIN BOBOI DALAM MAHARAJA LAWAK MEGA 2012

0

BOBOIYOT, BOBOI WE DAN BOBOI NGE BERGABUNG MEMBENTUK BOBOI NGE

Orang ramai biasa melihat kumpulan pelawak, Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik sahaja selepas kemunculan mereka dalam Maharaja Lawak Mega (MLM).

Memikirkan mahu kelainan dalam kumpulan mereka, Afdlin dan Harun sepakat menarik Nabil Ahmad sebagai ahli kumpulan mereka yang ketiga.

Menurut laporan dari Malaysian Digest, Afdlin berkata, Nabil ditawarkan untuk menyertai pertandingan MLM untuk musim yang kedua.

Namun, Nabil masih lagi dalam peringkat berfikir sama ada untuk turut serta atau tidak.

“Sebelum ni pun Nabil pernah beberapa kali berkerjasama dengan saya menerusi filem. Dan saya dapat rasakan yang kami nada keserasian. Saya ada bertanyakan padanya, sama ada dia nak sahut cabaran MLM2 atau tidak.

“Dia beritahu yang dia masih sedang berfikir lagi. Dia ada suarakan pada saya yang dia masih takut nak buat secara solo. Sebab lagipun cabaran nak cari idea tu mungkin lagi besar,” kata Afdlin.

Lantaran memikirkan perasaan risau yang timbul dalam diri Nabil, Afdlin dan Harun terus mengajak Nabil menjadi ahli Boboi sebagai Boboi Nge atau Boboi Telinga.

Jadi, Boboi bakal tampil dengan kelainan berikutan pembawakan watak mereka bertiga mewakili rasa peminat yang berbeza umur.

“Jadi saya tawarkan dia sertai Boboi. Dan dia pun ok. Satu yang saya nampak bila kami bertiga bergabung, golongan peminat tu lagi meluas. Kalau abang Harun pengikutnya tertumpu pada golongan lebih berusia. Kalau saya semi-berusia.

“Nabil pula golongan muda remaja. Mungkin dalam persembahan-persembahan kami nanti pengisiannya lagi seimbang iaitu merangkumi dari tontonan remaja hingga penonton berusia.

“Kalau saya Boboyot, Harun Boboi we. Nabil pulak Boboi nge (sebab telinga Nabil yang capang). Jadi gabungan ni juga boleh di kira kombinasi pelawak tiga generasi,” katanya.

Leave A Reply