MAYAT PASANGAN ZINA MELEKAT DI INDONESIA!

0

SEJAK akhir-akhir ini, kecoh di wilayah Karawang, Jawa Barat, Indonesia mengenai tersebarnya sekeping foto yang didakwa masyarakat tempatan sepasang kekasih yang menemui ajal ketika sedang berzina di atas sebuah tanah perkuburan di kawasan tersebut.

Foto yang tersebar itu menunjukkan dua orang anggota polis sedang memeriksa jasad manusia yang ‘melekat’ di dalam sebuah beg mayat.

Lebih menyakinkan penduduk, lantai tempat beg mayat itu diletakkan merupakan lantai yang serupa dengan bilik mayat sebuah hospital di situ.

Penduduk mendakwa, kedua-dua mayat itu adalah dari sebuah kampung berhampiran.

Mereka dikatakan masing-masing sudah berkeluarga namun terlibat dalam percintaan terlarang.

Disebabkan kedua-duanya dikatakan melakukan persetubuhan haram di sekitar makam keramat di sebuah daerah bernama Cengsin, Klari, pasangan tersebut menerima ‘akibatnya’ hingga menemui ajal dengan keadaan sebegitu rupa.

Berdasarkan gambar tersebut, kelihatan jelas sepasang tubuh yang berpelukan.

Sementara itu Kepala Kepolisian Sektor (Kapolsek) Klari, Kompol Wahidin enggan mengesahkan perkara itu.

” Jika kejadian itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa, sudah tentu kami sudah dimaklumkan mengenainya,” kata Wahidin ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut.

Leave A Reply