Kerosakan Bateri Rokok Elektronik Meletup

0

PADAH MEROKOK GUNA ROKOK ELEKTRONIK KEROSAKAN BATERI SEBABKAN LETUPAN DIDALAM MULUT.

Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri.

Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam.

“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.

Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar.

Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok. – AFP

Ada Sebarang Pendapat? Jom Komen.

Si prega di attivare i Javascript! / Please turn on Javascript!
Javaskripta ko calu karem! / Bitte schalten Sie Javascript!
S'il vous plaît activer Javascript! / Por favor, active Javascript!
Qing dakai JavaScript / Qing dakai JavaScript