Keputusan Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 10/10/2011

0

KEPUTUSAN SUKU AKHIR KELANTAN VS TERENGGANU | NEGERI SEMBILAN VS FELDA UNITED | SABAH VS T-TEAM | SELANGOR VS PERAK 10 OKTOBER 2011 LIVE RESULTS,TERKINI,SEMASA,PENUH PERLAWANAN BOLA SEPAK SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA 2011.

Kempen Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini.

Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini.

Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan.

Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Begitupun, aksi di Stadium Shah Alam juga dijangka ‘hangat’ selepas Perak menyuarakan keyakinan untuk mengejutkan Selangor yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.

Negeri Sembilan pula tidak memandang rendah keupayaan Felda United apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium MBPJ, Selangor manakala wakil tunggal Borneo, Sabah memikul tugas besar dalam misi memburu satu slot ke separuh akhir apabila bertemu T-Team di Stadium Likas.

Berikut merupakan keputusan perlawanan yang akan dikemaskini secara langsung untuk maklumat bersama

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA PERTAMA 10/10/2011

SELANGOR [ 3 ] – [ 1 ] PERAK

             FELDA UNITED [ 1 ] – [ 0 ] NEGERI SEMBILAN

   TERENGGANU [ 3 ] – [ 1 ] KELANTAN

          SABAH [ 1 ] – [ 2 ] T-TEAM

Keputusan perlawanan akan terus di-update sebaik sahaja sepak mula

Info Siaran Langsung

Felda United Vs Negeri Sembilan (Live RTM 1) – Link Live Streaming TV1
Selangor Vs Perak – Live Astro Arena 

enciknakal.com

Leave A Reply