Keputusan Festival Filem Malaysia 24 2011

by TunTeja on November 20, 2011

SENARAI PEMENANG FESTIVAL FILEM MALAYSIA FFM-24 TAHUN 2011 – SIARAN LANGSUNG / LIVE STREAMING FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-24 DI ASTRO PRIMA SALURAN 105.

Festival Filem Malaysia Ke-24 berlangsung pada malam ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajayamenyaksikan sebanyak 25 anugerah dipertandingkan. Pada 16 November 2011 yang lalu, Anugerah Gemilang Cipta FFM24 diadakan di Panggung Anniversari, Tasik Perdana dengan mengumumkan 10 kategori.

Selaras dengan tema FFM pada tahun ini iaitu Gemilang Filem Malaysia, maka anugerah anjuran pertama kali dari Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) akan dinamakan Anugerah Gemilang yang dibahagikan kepada dua kategori, iaituAnugerah Gemilang Perdana dan Anugerah Gemilang Cipta.

FFM24

Dikatakan GAFIM akan berusaha sedaya upaya menjadikan FFM24 lebih daripada tahun-tahun sebelum ini dengan peruntukan kewangan sebanyak RM650,000. Sebelum ini, FFM dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

FFM kali ini bernasib baik juga kerana Astro yang menjadi penyiar rasmi bersetuju untuk membayar sewa PICC, artis yang membuat persembahan dan mereka yang menyampaikan trofi serta ‘air time’ yang semuanya bernilai RM1 juta.

Pecah rekod bila sebanyak 41 filem bertanding dalam FFM24 kali ini dan jumlah itu adalah sejarah dalam FFM menjadi FFM paling banyak menerima filem yang bertanding.

Bajet yang Gafim dapat ini dibahagikan kepada beberapa kempen dan promosi seperti menyediakan kain rentang, iklan TV dan perkara lain. GAFIM merasa berpuas hati dan anggap iklan dan promosi untuk FFM24 yang diatur sudah cukup. Ya lah, untuk menjayakan acara yang begini besar, kalau ikutkan bajet yang ada memang perit. Paling kurang kena ada RM2 juta.

Untuk kategori Anugerah Gemilang Perdana sebanyak 14 trofi yang akan menjadi rebutan. Manakala di bawah Anugerah Gemilang Cipta pula sebanyak 11 trofi yang akan dipertandingkan.

Keputusan pemenang Anugerah Gemilang Cipta telah pun kita ketahui pada Malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24 diadakan di Panggung Anniversari, Tasik Perdana.

PEMENANG ANUGERAH GEMILANG CIPTA FFM24

  1. Kategori Poster Filem Terbaik - Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa
  2. Kategori Kesan Khas Visual Terbaik - Filem Hikayat Merong Mahawangsa
  3. Kategori Pelakon Kanak Kanak Terbaik - Adik Mia Sara Nasuha
  4. Kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik -Salehudin Abdul Bakar (Filem Hantu Bonceng)
  5. Kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik - Nadia (Filem Cun)
  6. Kategori Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik - filem bertajuk Great Day
  7. Kategori Lagu Tema Asal Terbaik - Edry KRU Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain
  8. Kategori Pengarah Harapan Terbaik - En Jurey Rosli (Filem Libas)
  9. Kategori Filem Pendek Terbaik - Filem Bertajuk The Other Side
  10. Kategori Filem Animasi Terbaik - Mushroom Head (Multimedia University)

keputusan siaran langsung ffm24

PEMENANG ANUGERAH KHAS JURI 

  1. Anugerah Box Office – KL Gangster
  2. Anugerah Khas Juri Yang Pertama – Sidik Hussien
  3. Anugerah Khas Juri Yang Kedua – Filem Libas
  4. Anugerah Khas Juri Yang Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA
  1. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
  2. Anugerah Pereka Kostum Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
  3. Anugerah Penyunting Terbaik – KL Gangster (Syamsul Yusof & Hisham Jupri)
  4. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – KL Gangster (Hisham Jupri & Rizal Ashreff)
  5. Anugerah Cerita Asal Terbaik – Filem Libas
  6. Anugerah Lakon Layar Terbaik – KL Gangster
  7. Anugerah Sinematografi Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
  8. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
  9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Faezah Elai (Filem Cun)
  10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shofi Jikan (Filem KL Gangster)
  11. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Eja (Filem Janin)
  12. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Kongsi)
  13. Anugerah Pengarah Terbaik – Syamsul Yusof (KL Gangster)
  14. Anugerah Filem Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa

PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS

  1. Filem Pilihan Penonton Astro Melalui SMS -
  2. Pencapaian Gemilang - Michelle Yeoh
  3. Pencapaian Sepanjang Hayat - Tan Sri Jins Shamsuddin

keputusan akn diupdate dari masa ke semasa keputusan terkini untuk FFM24 ini. silalah refresh selalu ye.

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Related posts:

  1. Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik 2011
  2. Senarai Pemenang ASK Anugerah Skrin 2011
  3. Pencalonan Anugerah Skrin 2011
  4. Anugerah Skrin 2011 Bertemakan Golden Glamour
  5. Trailer Filem 8 Jam Lakonan Shaheizy Sam Dan Yana Samsudin
  6. Senarai Tayangan Filem Sempena Hari Raya 2011 – tv3 dan tv9
  7. Trailer Filem Klip 3gp Zahiril Adzim
  8. Download Filem Flat 3A 2011
  9. Senarai Filem Bertanding FFM24 2011 – 42 filem
  10. Keputusan Penuh DIGI WWWOW Awards 2011 – anwar hadi

Leave a Comment

Previous post:

Next post: