Setelah isteri Jimmy Shanley, Suhaila memberi kenyataan baru-baru ini, ramai pihak yang menunggu kenyataan media Jimmy Shanley. Namun begitu Jimmy nampaknya telah membuat satu keputusan yang bijak. Menurut GUA, Jimmy hanya akan memberikan kenyataan di mahkamah kelak.berikut petikan yang saya peroleh dari blog gosip terhebat di malaysia beautrifulnara.com berkaitan isu rumahtangga jimmy shanley dan suhaila.

Berikut ialah kata-kata Jimmy Shanley berhubung hal ini:-
Kita kena tunggu di mahkamah. Ini kerana apabila saya membuka mulut kepada media ada individu tertentu mengaitkan saya dengan publisiti murahan. Saya terpaksa menjawab persoalan media kerana itu tanggungjawab saya sebagai personaliti yang menjadi hak milik masyarakat. Lebih baik saya diam sekarang dari dituduh cuba untuk meraih simpati dan saya hanya akan bercakap bila perlu sahaja. Saya tidak cakap kosong kerana setiap apa yang perkatakan dibantu dengan bukti-bukti yang kukuh. Saya akan berdiam sehingga di mahkamah kelak.