ISU PERCINTAAN ELFIRA LOY DAN BAIM WONG!

0
BAIM WONG DAN ELFIRA LOY SAH BERCINTA KONGSI GAMBAR ROMANTIK | Menerusi program hiburan MeleTOP yang bersiaran malam tadi, pasangan Baim Wong dan Elfira Loy telah dijemput hadir untuk mempromosikan telefilem lakonan mereka Untuk Terakhir Kali yang bakal disiarkan di Astro RIA pada 9.00 malam Jumaat, 27 Jun 2013.
Dalam program itu, Neelofa sempat bertanya kepada Baim Wong berkenaan keistimewaan telefilem ini berbanding telefilem lain, dan pelakon berasal dari Indonesia itu dengan spontan dan bersahaja menjawab kerana adanya Elfira Loy.
“Memang benar bercinta,” ujar Baim Wong yakin apabila sekali lagi Neelofa dan Nabil Raja Lawak mengajukan soalan tentang hubungan beliau dengan rakan pelakon Elfira Loy. Pengakuan Baim Wong itu disambut dengan sorakan satu studio.

Baim Wong turut sudi menunjukkan SMS antara beliau dan Elfira Loy untuk membuktikan yang mereka memang serius bercinta sebelum berubah fikiran ingin menyimpan SMS itu tanpa mendedahkan kepada umum.

Ada Sebarang Pendapat? Jom Komen.

illustrasiAku.com located at 511/67 Huynh Van Banh , Ho Chi Minh, VN . Reviewed by 587 customers rated: 8.7 / 10