GAMBAR SEKITAR FINAL EURO 2012 – SPAIN VS ITALY

0

GAMBAR SEKITAR KEMPEN FINAL EUFA EURO 2012 SPANYOL VS ITALI

Sepanyol mudah mempertahankan gelaran mereka sebagai juara Eropah apabila menang besar 4-0 ke atas Itali dalam aksi final Euro 2012 di Stadium Olimpik, Kiev. Gol-gol Sepanyol dijaringkan oleh David Silva dan Jordi Alba pada separuh masa pertama, manakala Fernando Torres dan Juan Mata pula melengkapkan kejayaan La Roja pada 10 minit terakhir.

Silva membuka jaringan untuk Sepanyol seawal minit ke-14 setelah menerima hantaran silang Cesc Fabregas, yang membawa bola hingga ke hujung garisan sebelum melintangkan bola lalu mudah buat pemain Manchester City menanduk masuk ke dalam gawang yang kosong. Itali cuba membalas serta merta apabila Mario Balotelli dijatuhkan di luar kotak penalti, namun sepakan percuma Andrea Pirlo gagal menemui sasaran namun Itali terus mengasak kubu Sepanyol.

Pertahanan Itali menerima tamparan hebat apabila terpaksa mengeluarkan Giorgio Chiellini pada minit ke-20 kerana kecederaan hamstring, lalu digantikan dengan Federico Balzaretti.  Antonio Cassano cuba menguji penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas pada minit ke-28 namun rembatan leretnya terus ke dalam dakapan Casillas pada ketika hantaran silang akan lebih membuahkan hasil buat Itali.

Alba kemudian menambah derita buat Itali apabila menggandakan kelebihan Sepanyol pada minit ke-41 hasil larian menakjubkan dari tengah padang untuk menerima hantaran Xavi Hernandez, lalu melorongkan bola melepasi Gianluigi Buffon. Separuh masa kedua menyaksikan Itali cuba bangkit untuk memberikan cabaran menerusi Antonio di Natale, yang menggantikan Antonio Cassano, namun tandukan pemain Udinese itu melewati palang gol.

Derita Itali terus bertambah apabila Thiago Motta, yang baru sahaja empat minit dimasukkan menggantikan Silva, turut mengalami kecederaan hamstring. Ini menyebabkan Itali terpaksa beraksi dengan hanya 10 pemain setelah menggunakan kesemua pertukaran mereka. Sepanyol terus menggunakan kelebihan pemain tersebut untuk mendominasi Azzurri, memaksa anak-anak buah Cesare Prandelli bermain secara bertahan menyerap asakan Sepanyol.

Penguasaan mereka akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-83 apabila Xavi sekali lagi memecahkan benteng Itali dengan hantaran tepat buat penyerang gantian, Fernando Torres yang mudah menewaskan Buffon. Torres kemudian menjadi arkitek apabila pada minit ke-88 dia melorongkan bola kepada seorang lagi pemain gantian, Juan Mata yang mudah menolak bola ke dalam gawang yang telah ditinggalkan oleh Buffon.

Sergio Ramos hampir-hampir menjadikan kedudukan 5-0 pada minit-minit kecederaan apabila menggunakan tumit untuk menolak masuk bola hantaran Torres namun Buffon berjaya mengawal keadaan. Kejayaan Sepanyol itu menyaksikan mereka mencatat sejarah sebagai pasukan Eropah pertama memenangi tiga kejohanan utama antarabangsa berturut-turut.

berikut adalah gambar sekitar final euro 2012 sepanyol vs itali 4-0

Ada Sebarang Pendapat? Jom Komen.

Si prega di attivare i Javascript! / Please turn on Javascript!
Javaskripta ko calu karem! / Bitte schalten Sie Javascript!
S'il vous plaît activer Javascript! / Por favor, active Javascript!
Qing dakai JavaScript / Qing dakai JavaScript