GAMBAR NGERI PENGHIDAP HIV AIDS!

0

GAMBAR SADIS PENDERITA PENYAKIT HIV AIDS | Saya berharap gambar-gambar ini akan mampu membawa mesej bagi sesiapa yang melihatnya. Foto-foto ini menceritakan kepada kita tentang bagaimana penderitaan para penyandang penyakit AIDS yang hingga kini belum juga didapati ubatnya.

Penyakit yang mengakibatkan menurunnya kekebalan tubuh ini lebih banyak di sebabkan oleh hubungan seks bebas. Penggunaan jarum suntik yang tercemar oleh virus HIV juga menjadi penyebab berikutnya. Semuanya berawal dari penyimpangan seseorang dari rel hidup yang benar.

Dalam foto-foto ini kelihatan mereka begitu menderita dengan penyakit yang menimpanya. Mereka kelihatan putus asa, marah dan tidak tahu harus berbuat apa untuk lari dari penyakit yang menjangkiti mereka. Hanya raut penyesalan yang kelihatan di wajah mereka.
Sesiapapun berpotensi untuk dijangkiti penyakit ini lebih-lebih mereka yang suka melakukan seks bebas dan penggunaan ubat terlarang dengan jarum suntik.
Sebelum semuanya terjadi, mulalah berfikir seribu kali jika terselit di dalam hati untuk melakukan hubungan seks bukan dengan pasangan yang sah atau menggunakan dadah.Ingat mencegah adalah sebuah hal yang lebih mudah untuk kita lakukan, sedangkan menyembuhkan adalah perkara yang lebih sukar untuk boleh dilakukan, kegagalan daripada usaha penyembuhan adalah kematian.

Ada banyak hal yang jauh lebih baik untuk boleh kita lakukan daripada memenuhi nikmat sesaat yang akan membawa penderitaan sampai akhirat

 

Leave A Reply