Gambar Jenazah Noramfaizul Setelah Dikafan

0

kematian akibat tembakan dari tentera au pada 2 september 2011 di mogadishu somalia masih menjadi perkara tragis bagi rakyat malaysia apatah lagi kita masih merasai bahang syawal 1432 hijrah.namun pemergian allahyarham noramfaizul mohd nor ke rahmatullah sedikit sebanyak meninggalkan kesan dihati rakyat malaysia kerana pemergian arwah.

noramfaizul yang mati ditembak ketika dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan.noramfaizul meninggalkan seorang balu dan dua orang putera.jenazah noramfaizul yang menyertai misi bantuan ke somalia sebagai jurukamera bernamatv bersama 54 yang lain telah selamat sampai ke malaysia 10 pagi tadi (4 september 2011) dan telah pun selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam UPM selepas waktu zohor hari ini.

suasana pilu menyelubungi sekitar majlis pengebumian noramfaizul mohd nor.jenazah noramfaizul telah diberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan dengan kerandanya dibaluti bendera malaysia dan somalia sebagai tanda kesedihan kedua-dua negara.

gambar sekitar majlis pengebumian allahyarham noramfaizul Tunteja akan kongsikan dalam blog ini.berikut gambar jenazah noramfaizul mohd nor setelah dikafan ketika diberi penghormatan terakhir oleh keluarga dan perdana menteri najib tun razak tengah hari tadi di masjid TUDM subang.

Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang disifatkan sebagai wira sebenar, telah dikebumikan dengan penuh penghormatan di Tanah Perkuburan Islam UPM, Serdang.

Leave A Reply