Selepas Muammar Gaddafi dibunuh kejam oleh puak tentera revolusi Libya, tidak lama selepas tu, terbaru anaknya yang bernama Motassim pula telah dibunuh. Mereka berdua telah ditangkap ketika ingin melarikan diri.
Kejam tak berperikemanusiaan. Nabi SAW dan para sahabat ketika era perkembangan Islam dulu tak pernah membunuh tawanan perang, malah mereka semua berdakwah kepada mereka dengan mengikat tawanan perang di perkarangan masjid supaya hati mereka terbuka untuk menerima Islam.
Adakah perbuatan tentera NTC ni membunuh sewenang-wenangnya ini adalah betul? P/S: Hanya orang yang mengikuti sunnah baginda Nabi SAW sahaja yang akan masuk ke syurga. Sudahkah kita mengamalkan sunnah baginda Nabi SAW?



