BORANG MYLESEN JPJ MOTOSIKAL B2

0

BORANG PERMOHONAN PROGRAM MYLESEN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) UNTUK MOTOSIKAL KELAS B2 RM198 SAHAJA BERMULA 1 APRIL 2014 DIKESEMUA PUSAT UJIAN MEMANDU BERDAFTAR

Program MyLesen diperkenalkan kerajaan dalam usaha untuk menggalakkan golongan remaja dan berpendapatan rendah agar memiliki lesen motosikal kelas B2. Pemohon boleh membuat permohonan bermula 1 April 2014 dimana-mana sekolah memandu yang berdekatan dengan anda.

Kadar Bayaran MyLesen JPJ

Kadar bayaran yang dikenakan juga rendah berbanding yuran yang dikenakan oleh sekolah memandu jika pada harga normal (bukan program MyLesen). Pihak kerajaan menetapkan kadar bayaran bagi mendapatkan lesen B2 ialah sebanyak RM198 sahaja.

Cara Dapatkan Borang Permohonan Dan Syarat

Pemohon yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan Program MyLesen JPJ oleh kerajaan di mana-mana pusat/sekolah memandu yang telah berdaftar dengan pihak JPJ. Permohonan hanya dibuka mulai 1 April 2014. Pemohon mestilah berusia 16 tahun keatas pada tarikh mendaftar dan tidak pernah memiliki lesen B2 sebelum ini.

Leave A Reply