BONUS TAHUNAN KAKITANGAN AWAM TARIKH 2 JANUARI 2014

0

PERKELILING IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI – TARIKH PEMBAYARAN BONUS TAHUNAN KAKITANGAN AWAM PADA 2 JANUARI 2014.

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan  untuk memberi Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2013 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan  Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2013 dibayar sebagai penghargaan kepada  pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Kadar Imbuhan Tahunan dan  Bayaran Khas Prestasi pada tahun 2013 yang ditetapkan adalah sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00.

Untuk menerima bonus ini, beberapa syarat telah ditetapkan dan kakitangan awam atau penerima wajib memenuhi kesemua kriteria dibawah sebelum layak menikmati bonus tahunan ini.

  • Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini akan dibayar kepada pegawai yang berkhidmat dalam tahun 2013 tertaklik kepada syarat bahawa pegawai telah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut termasuk cuti rehat, cuti sakit, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am dalam tempok 1 januari 2013 hingga 31 disember 2013.
  • Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini akan dibayar pada 2 januari 2014. Pembayaran adalah berdasarkan gaji bulan Disember 2013 atau gaji akhir bulanan yang diterima pada tahun 2013.

PERKELILING  IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2013 – BACA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 37 TAHUN 2013 DENGAN KLIK GAMBAR YANG DISEDIAKAN DIBAWAH

BONUS KERAJAAN

Leave A Reply