APABILA ARTIS JAHIL AGAMA – AZZA ELITE MINTA MAAF

2

ISU APABILA ARTIS JAHIL AGAMA – PELAKON DAN PENYANYI AZZA ELITE MINTA BLOG HIBURAN TURUNKAN ARTIKEL “APABILA ARTIS JAHIL AGAMA” AZZA NIKAH DI MASJID TIDAK TUTUP AURAT : SENSITIVITI AGAMA ISLAM

Kecoh seketika dunia hiburan tempatan apabila majlis pernikahan azza elite dicemari dengan tidak menutup aurat ketika majlis akad nikah di masjid tempoh hari.

kejadian itu yang disifatkan sebagai tidak menghormati rumah suci allahs ebagai tempat ibadat telah mengundang kemarahan ramai orang islam di malaysia termasuklah laman hiburan terkenal tanah air yang mengecam perilaku berkenaan dan telah menerbitkan satu artikel berjudul “apabila artis jahil agama”.

namun hari ini, azza elite telah menyuarakan amaran keras kepada blog berkenaan agar segera menurunkan artikel “apabila artis jahil agama” sehingga jam 5 petang tadi. namun artikel berkenaan belum diturunkan kerana tiada sebarang nama artis yang dimuatkan didalam artikel berkenaan.

berikut adalah respon azza elite dari laman blog rotikaya.com berhubung isu artikel berkenaan:

Pelakon juga penyanyi ini sedar akan kesilapan beliau pada hari pernikahan itu dan telah pun meminta maaf kepada peminat, ahli keluarga & mereka yang hadir kerana terlepas pandang akan perkara penting tersebut. 

Azza Elite turut memberikan amaran kepada penulis artikel tersebut melalui Twitter hari ini supaya penulis artikel tersebut menurunkan semua artikel berkaitan diri beliau — termasuk kisah ‘tuduhan jahil agama’.

Azza Elite yang kelihatan kesal dengan apa yang berlaku berkata tempoh itu terbuka sehingga jam 5.00 petang ini sahaja sebelum tindakan susulan di’ambil untuk membersihkan nama beliau.

2 Comments

  1. mountdweller on

    Kalau dah jahil mengaku sajalah Jahil. Kenapa nak marah orang yang mengingatkan pula.

    Memang sah dia ni jahil!

  2. ibrahim ahmad on

    keraslah kunun. semoga Allah beri kamu peringatan yg lebih keras kerana mempermainkan agama dan tempat ibadat

Ada Sebarang Pendapat? Jom Komen.

Si prega di attivare i Javascript! / Please turn on Javascript!
Javaskripta ko calu karem! / Bitte schalten Sie Javascript!
S'il vous plaît activer Javascript! / Por favor, active Javascript!
Qing dakai JavaScript / Qing dakai JavaScript