AERIL ZAFREL JAWAB NIKAH WAWA ZAINAL JUMAAT INI 11 OKTOBER 2013

0

AERIL ZAFREL DISERBU WARTAWAN – BAKAL ADAKAN SIDANG MEDIA JAWAB ISU NIKAH WAWA ZAINAL DAN ANAK LELAKI AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR JUMAAT INI PADA 11 OKTOBER 2013

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel Sah Nikah! – itulah gosip panas yang hangat diperkatakan sejak ahad lalu 6 oktober 2013 bermula dari pendedahan akhbar Berita Harian melalui helaian B*Pop. Aeril dan Wawa terus diburu wartawan untuk mendapatkan kepastian mengenai khabar angin itu.

Namun Aeril dan Wawa enggan menjawab panggilan dan membalas sms para wartawan kerana memilih untuk berdiam diri dan merancang untuk mengadakan sidang media rasmi bagi menjawab segala persoalan wartawan mengenai gosip “Sah Nikah!” ini.

Aeril Zafrel menjelaskan yang dia akan mengadakan sidang media untuk memperjelaskan segala isu dan kontroversi yang timbul pada Jumaat ini.

“Sekarang kalau boleh saya tak boleh komen mengenai hal tersebut. Saya akan mengadakan sidang media Jumaat ini. Wawa Zainal akan turut serta hadir pada sidang media tersebut,” jelas Aeril ketika ditemui di lokasi penggambaran telefilem terbaru terbitan TV3, ‘Cinta Mat Semperit’ di Taman Tasik Ampang Hilir sebentar tadi.”Istilah melarikan diri tak pernah wujud bagi saya.

Ada sebab kenapa saya mendiamkan diri, tak jawab panggilan telefon atau membalas pesanan SMS. Kebenaran pasti akan terjawab Jumaat ini. Berdiam bukan bermaksud sesuatu itu salah atau benar. Jangan tafsir bukan-bukan selagi perkara itu tidak keluar daripada pihak saya sendiri,” kata Aeril yang hadir bersama pengurusnya, Shahriman Wahab dan peguamnya, Zulhasmi Zakaria di set penggambaran.

Dalam masa yang sama, Aeril turut menegaskan bahawa dia mempunyai hak untuk berdiam diri sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Saya ada hak untuk berdiam diri, bersuara atau berahsia. Saya tak lari, tapi saya hanya menangguhkan untuk menjelaskan perkara ini. Jadi saya ambik langkah untuk adakan sidang media, biar pihak saya dan Wawa ada untuk menjawab persoalan yang datang. Biarkan perkara itu dilakukan serentak jadi perkara ini akan diselesaikan sekaligus,” tutur pelakon drama ‘Cinta Jannah’ ini.

Pada masa yang sama, pengurus Aeril, Shahriman Wahab mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti mengenai perkara tersebut membawanya semasa sidang media yang akan dilakukan pada Jumaat ini.

“Kepada mana-mana pihak berkenaan, saya cabar jika ada sebarang bukti, sila bawakan semasa sidang media tersebut. Siapa ‘mereka’ yang Aeril maksudkan sebelum ini akan terjawab juga pada Jumaat ini. Sidang media nanti akan direkodkan untuk tujuan mahkamah,” kata Shahriman mengakhiri temubual.

Ada Sebarang Pendapat? Jom Komen.

Si prega di attivare i Javascript! / Please turn on Javascript!
Javaskripta ko calu karem! / Bitte schalten Sie Javascript!
S'il vous plaît activer Javascript! / Por favor, active Javascript!
Qing dakai JavaScript / Qing dakai JavaScript